Ekonomi
| 01 Oktober, 2003 14:38 PM |
|
iNix Technologies Lancar 'Secure
Smith'
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- iNix
Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat ICT yang sedang berkembang
maju, telah melancarkan secara rasmi produk barunya, Secure Smith,
semasa pameran Mavcap (Malaysia Venture Capital Management Bhd) di
sini, pada Isnin lalu.
Pameran itu diadakan bersempena dengan
pelancaran program CIP (Cradle Investment Program) oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Kementerian Kewangan, kata
syarikat tersebut dalam satu kenyataan, di sini, hari
Rabu.
Secure Smith merupakan sebuah sistem pintar bersepadu
yang menggabungkan tiga modul, keselamatan, automasi dan pengawasan
CCTV ke dalam satu sistem.
Semasa majlis itu, Dr Mahathir
turut menyaksikan permeterian dengan pemaju hartanah tempatan yang
melantik iNix Technologies sebagai pembekal tunggal sistem rumah
pintar bersepadu bagi projek mereka.
iNix Technologies Sdn
Bhd merupakan sebuah syarikat penerima pelaburan Mavcap (dimiliki
sepenuhnya oleh MOF).
-- BERNAMA |