![]() |
|
|
25 Jamadil Akhir 1426
|
iNiX mahu perluaskan perniagaan ke AS, UAEKUALA LUMPUR 29 Julai - Pembekal penyelesaian keselamatan kediaman, iNix Technologies Holdings Bhd. (iNiX) merancang meluaskan perniagaannya ke Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jimmy Tok. Syarikat itu melancarkan prospektusnya hari ini sempena penyenaraiannya di pasaran Mesdaq di Bursa Malaysia, September ini. ``Syarikat kami telahpun menggalakkan produk-produk iNix di AS dan juga UAE dan akan melantik para pengedar di kedua-dua pasaran itu,'' kata Tok pada pelancaran prospektus itu hari ini. Menurut Tok, syarikat itu telahpun memperkukuhkan kedudukan pasarannya di China, Indonesia, Sri Lanka, Singapura, Australia dan Eropah. ``Produk-produk kami adalah hasil tempatan dengan reka bentuk dan keupayaan teknologinya dibangunkan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kami sendiri,'' katanya. Tok berkata, syarikat itu yakin akan berjalan baik dan merancang menguasai pasaran lebih besar di seberang laut. Keuntungan bersih iNix bagi enam bulan berakhir 31 Januari 2005 meningkat kepada RM2.448 juta berbanding keuntungan bersih sebelumnya RM1.349 juta bagi tempoh kewangan 15 bulan berakhir 31 Julai 2004. ``Kami berusaha keras untuk mengekalkan tahap keputusan kewangan yang serupa bagi enam bulan akan datang. ``Pasaran tempatan menyumbang sebahagian besar daripada hasil kami. Perniagaan bagi para pelanggan korporat kini dalam arah aliran meningkat,'' katanya. |
![]() ![]() ![]() ![]()
| ||||||||||||
|
|
© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mail: online@utusan.com.my |