Logo Berita Harian

Jumaat, 02 September 2005 Laman Utama Redaksi Siapa Kami? Hubungi Kami Arkib Seminggu Lain-lain Media

• Nasional • Dunia • Ekonomi • Sukan • Citra • Hip • Agama • Komputer • Dimensi • Rencana • Surat & Emel • Diagnosis • Skuad • Kembara • Skop • Pendidikan • Sastera • Destinasi • Auto • Lanskap • Dekor • Edisi Utara • Edisi Timur • Edisi Sentral • Edisi Selatan • Edisi Sabah & Sarawak • Bintang Popular • Ikon • EpG • Joran • Web Sekolah •


Hari Ini Dari Arkib
Sains, teknologi dalam pendidikan diperkukuh
Berita Harian, 2hb September, 2004.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan memperkenalkan langkah untuk mencergaskan ...
Lagi...
waktu solat
Waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur...
SUBUH 5:51
ZUHUR 13:15
ASAR 16:23
MAGHRIB 19:19
ISYAK 20:28
Waktu solat kawasan lain...
Promosi
bullet Berita Harian dan Harian Metro - Versi PDA
bullet Berita Harian - Versi Digital
bullet NSTP Classifieds - tempah iklan di akhbar
bullet Arkib Berita semenjak 1991
Maklumat Penuh...
KLIK KHAS
bullet Sumber Terbuka
bullet Galeri Video
bullet Galeri Seminggu
bullet Piala Malaysia
bullet Malaysia Super League
bullet Anugerah Bintang Popular
bullet Perhimpunan Agung UMNO
bullet Senarai Kabinet 2004
bullet Terima Kasih Dr Mahathir
TANYA DOKTOR
?? Wanita dan Seks: Menopaus bukan penamat kehidupan
?? Anda Tanya Doktor Jawab: Pengantin baru alami haid tidak teratur

Emel Doktor:
tanyadoktor@bharian.com.my
www.nstp.com.my
www.emedia.com.my
www.hmetro.com.my
www.nst.com.my
www.mmail.com.my
Klik DBP
Berita Sawit
Khidmat Negara


Inix bakal tembusi pasaran Eropah


INIX Technologies Holdings Bhd (Inix) yang disenaraikan di Pasaran Mesdaq Bursa Malaysia hari ini, akan memuktamadkan perjanjian pelantikan wakil penjual bagi memasarkan sistem keselamatan bestari tanpa wayar SecureSmith ke Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.

Perjanjian itu yang dijangka dimeterai sebelum akhir tahun ini membolehkan produk syarikat menembusi pasaran baru selepas memasuki Australia, New Zealand, Sri Lanka dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketua Eksekutifnya, Tok Soon Guan, berkata rundingan dengan wakil dari dua negara itu memasuki fasa akhir terutama membabitkan aspek piawai bekalan tenaga elektrik di kedua-dua negara.

“Sedikit pengubahsuaian perlu dibuat ke atas produk kami bagi memenuhi piawai bekalan tenaga elektrik di kedua-dua negara itu.

“Sekiranya segala perancangan berjalan lancar, kami akan memasuki pasaran AS dan Mexico seawal tahun depan,” katanya dalam satu temu bual di Subang Jaya, kelmarin.

Tok berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan tiga bank tempatan bagi menawarkan skim ansuran mudah bagi membolehkan orang ramai, terutama pelanggan pinjaman perumahan, memiliki sistem keselamatan bersepadu SecureSmith.

Sempena penyenaraiannya di Bursa Malaysia, Inix membuat tawaran awam permulaan (IPO) 14.490 juta saham biasa baru 10 sen sesaham pada harga terbitan 70 sen sesaham.

Daripada jumlah itu 2.850 juta saham adalah bagi langganan awam; tawaran persendirian 4.990 juta; manakala baki diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan dan rakan niaga Inix dan anak syarikatnya.

Penyenaraian itu menjana RM10.143 juta yang mana sejumlah RM2.5 juta akan dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D); modal kerja (RM4.343 juta); pembelian peralatan baru (RM500,000); manakala baki ialah kos penyenaraian.

Inix mencatat keuntungan bersih berjumlah RM2.448 juta bagi enam bulan berakhir 31 Januari 2005 berdasarkan perolehan RM7.758 juta yang mana 55 peratus disumbangkan pasaran eksport.

Syarikat itu mencatat keuntungan bersih RM1.349 juta bagi tempoh 15 bulan berakhir 31 Julai 2004 hasil perolehan RM5.550 juta.

Sistem keselamatan SecureSmith membolehkannya dikawal dari jauh bagi pengawalan dan pemantauan kediaman menerusi protokol internet (IP).

Hantar pada kawan!
Format Pencetak
Artikel di Ekonomi :
Merdeka
SPOT THE DIFF Contest

Pos Malaysia




• Nasional • Dunia • Ekonomi • Sukan • Citra • Hip • Agama • Komputer • Dimensi • Rencana • Surat & Emel • Diagnosis • Skuad • Kembara • Skop • Pendidikan • Sastera • Destinasi • Auto • Lanskap • Dekor • Edisi Utara • Edisi Timur • Edisi Sentral • Edisi Selatan • Edisi Sabah & Sarawak • Bintang Popular • Ikon • EpG • Joran • Web Sekolah •


Copyright 2005 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklumbalas.